Friday 6 September 2013

Cermin I Paparan Aku Pada Satu Jasad Yang Berjiwa

Cermin,
pantulan kelibat jasad yang menyuluh terang,
kepada sebuah kehidupan,
yang membiaskan hakikat,
tuah malang,
syaitan atau malaikat.

Cermin,
diolah jauh dan dekat,
seolah sebatian molekul yang melekat,
sesat dan terlekat.

Cermin,
padanya ada satu,
iaitu jasad,
jasad yang berjiwa itu aku,
aku yang didalam,
cermin.

EMBUNKARINA.

Wednesday 14 August 2013

Aku yang tertinggal di sini l Menangisi malam

Aku yang terbaring lesu,
berjelujur kaki,
mendepakan tangan,
cuba untuk meluaskan minda,
berfikir untuk seketika,
menjadi permulaan prakata pertama,
namun aku alpa,
menerpa.

Aku memandang bintang di langit,
bergerlipan di sisi bulan,
menghiasi ruang angkasa,
cuba untuk memanipulasikan alam semesta,
semata.

Aku pejam mata,
hanya hitam memenuhi ruang,
aku cuba buka,
ternyata mata terleka,
seketika.

Aku pegang dada,
terasa pedih benar,
itu satu rasa,
kecewa.

Aku yang tertinggal di sini,
masih terbaring,
kaku,
mula mengiring,
berombak tingkah.

Titisan jernih,
terlindung di sebalik kelopak,
lekanya leka leka tak nampak,
kerna malam hanya hitam,
kerna malam hanya untuk tangisan,
tangisan untuk,
MENANGISI MALAM.

EMBUNKARINA.


Wednesday 3 July 2013

Dan Bila Rindu Itu Datang Bertaut

dan bila rindu itu datang bertaut
aku teringat perihal tentang kita,
tentang kita yang semalam,
yang masih ku ingati di lubuk hati yang paling dalam,
yang tersemat langsung tiada penghujung yang menemani,
bersama titisan air mata yang terhapus,
akibat dendam yang seperti mahu membakar diri,
seperti sinar mentari yang cemerlang tanpa cahaya gemilangnya,
seperti aku yang ketandusan cahaya,
seperti aku kau dan dia,
dan kau telah memilih dia,
sedangkan aku baru belajar mengenal erti kita,
dan ianya terhayut dalam lautan mimpi yang terlena dan kemudian bangun untuk menyesal.

EMBUNKARINA.