Monday 1 December 2014

PUISI : Pada serak suara semalam

Pada kiasan-kiasan yang menyakitkan,
Penyembuhnya tentu saja sebuah senyuman,
Pada dahaganya sebuah penghargaan-penghargaan,
Yang kita tidakkan adalah hak untuk mengakui atau bukan kepunyaan-kepunyaan,
Dan atas dasar luas pandangan-pandangan dan kejamnya manusia atas manusia,
Yang aku paling hampa adalah kesayangan yang bukan menjadi hak kepada kenyataan-kenyataan,
Namun tidak terletak salah kepada ciptaan Tuhan sekelian alam,
Kerna rasa terpinggir itu adalah hak mutlak insan yang sering berasa keseorangan.

Insan, salahkan diri kita juga kerana meletakkan harapan pada manusia yang mengharapkan juga balasan. Malam.

Wednesday 14 May 2014

Kaki Kopi

Belum cukup lagi untuk menahan segala mengantuk,mulut cuba terkatup. Mungkin mainan minda ketika ini seperti sawang yang lama terbiar tak di-gunakan atau hanya khayal bersama secawan kopi tempatan. lagu-lagu reggae berkumandang,sedang yang duduk di-situ di-sana semua menyembang. lampu romantis di-nyalakan mata kelayuan seperti hanya aku sahaja yang melayan perasaan.

langkah lagi bermalasan,teringat kisah seminggu lalu ketika di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,hanyut. ketika paginya aku masih di Ipoh,jam tengahari terpacak aku di Kuala Lumpur,begitu juga rutin setiap hujung minggu,hanya membawa kaki berjalan membawa diri,hanya membawa perasaan melayang mencari jawapan.

Ketika ini hanya di restoran mamak menunggu rakan-rakan seperjuangan untuk berbincang kerja berkumpulan,kau tahu bukan? nyawa aku seperti hangat-hangat tahi ayam.

--E.K Abdullah
09:32 PM

Wednesday 8 January 2014

Serasa yang sama,cuma dikit-dikit sahaja berbeda,jangan tanya aku di-mana.

Malam yang masih sama seperti malam-malam yang sebelumnya,
nyalaan lilin sebelum tidur,
secawan kopi atau teh herba,
hirup sambil mengenang malam,
kadang di-temani bintang kadang juga di-temani cahaya bulan dan kadang juga sekali sama,
bila usai hirup bekasnya diletak tepi,
baring di-sisi,
lilin di-nyalai.

lilin ditiup angin,
jendela dibiarkan di-belai bersama asakan malam,
hiba dan tenang,
seperti-nya sama tiada berubah.

mata ingin di-katup,
tertutup namun buka-nya kembali,
otak masih memikir,
fikiran masih mencari.

aku pangku kepala dengan lengan yang separa kering tiada isi,
mungkin belum ke-temu bahagia ingin memenuhi,
memandang gelap dalam terangnya hati,
namun tiada lagi.

fikiranku kosong tiada apa kini,kadang apa yang aku fikir yang apa perlu aku gapai atau mencari? sesungguhnya rasa ini membuat aku rasa bersyukur itu adalah penting. aku biarkan lagi. helaan nafas sahaja yang berbisik. tidur. dan itu adalah jalan mati.

EMBUNKARINA